Perbezaan Ijazah Kepujian Dengan Tiada Kepujian Dalam Ijazah - Info

Perbezaan Ijazah  Kepujian Dengan Tiada Kepujian Dalam Ijazah - Info | Di Australia kepujian itu diberikan kepada pengajian yang mempunyai kajian di akhir pengajian dan ia juga bergantung pada pencapaian pelajar tersebut secara berterusan semasa tahun ke 2-3. Pelajar juga perlu membuat thesis dan menerbitkannya. Oleh demikian, kepujian itu diberikan kepada pelajar yang cemerlang sahaja dalam kursus yang diambil.


Untuk di United Kingdom UK, kepujian itu membezakan kelulusan professional/ ijazah khas dan ijazah biasa. Untuk mendapatkan kepujian perlulah cemerlang paling kurang CGPA 2.00 ( Kelas kedua ) semasa menamatkan pengajian. Selain itu, kajian juga perlu dilakukan semasa tahun akhir pelajar bekenaan.

Untuk di Malaysia ini, kami tidak dapat memberikan ketetapan atau penerangan yang lebih baik kerana apa yang telah berlaku kini agak mengelirukan ( kelemahan kami ) berbanding penggunaan “ Kepujian “ itu sebelum tahun 90an. Jika dahulu, pemberian kepujian adalah bagi Ijazah yang berkualiti iaitu mendapat keputusan akhir yang baik ( kelas pertama ) untuk mendapatkan taraf Kepujian itu.

Kesimpulan: Kami mohon maaf kerana tidak berupaya membantu dalam persoalan ini, namun demikian dapatlah dibuat kesimpulan pemberian kepujian ini adalah bagi kursus yang mempunyai kajian (thesis) semasa tempoh pengajian dan juga memerlukan keputusan CGPA yang baik. Cadangan kami, sebelum memilih pengajian adalah lebih baik jika memilih kursus yang mempunyai tawaran kepujian. Jika ditanya yang mana lebih diberi keutamaan dalam memohon kerja? Kami pasti anda tahu jawapannya.


Temuduga Tentera Udara TUDM 2013 & Jadual Pemilihan TUDM 2013 - Info

Temuduga Tentera Udara TUDM 2013, Jadual Pemilihan TUDM 2013 - Info | Bagi warganegara Malaysia yang berminat mengikuti Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM, temuduga dan pemilihan awal dibuka untuk mengisi jawatan anggota lain-lain pagkat ( LLP ). Temuduga akan dilakukan sekitar 19 febuari sehingga 20 April 2013 dijalankan mengikut masa dan lokasi yang ditetapkan.


Kelayakan akademik

Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek sains dan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris. Atau pun memiliki Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran matematik, salah satu subjek sains dan Bahasa inggeris diperingkat SPM.

Lain-lain kelayakan( rujuk sini )


Dokumen perlu dibawa

Pemohon perlu bawa dokumen asal dan 1 salinan fotostat dokumen-dokumen dibawah:
Sijil SPM/ SPMV
SKM tahap 2
Kad Pengenalan
Sijil Lahir
SIjil Berhenti sekolah “ lain-lain Sijil Kemahiran yang berkenaan

Pemohon perlu hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstoking di pusat-pusat pemilihan yang dinyatakan. Masa pendaftaran 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Untuk maklumat lanjut pengambilan seperti kelayakan lain, syarat fizikal, Keistimewaan menyertai TUDM, gaji dan elaun, anda digalakkanmerujuk iklan penuh ( KLIK SINI )

Semoga permohonan menjadi anggota Tentera Udara TUDM yang diinginkan tercapai demi menjaga keamanan Negara dan semangat cintakan Negara.


Jadual pemilihan TUDM mengikut lokasi dan masa:



9 Penemuan Orang Islam Yang Luar Biasa - Kisah Seluruh Dunia

Kita selalu didoktrinkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan henat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.


Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.


2. Kopi

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.


3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.


4. Universiti

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.


5. Aljabar

Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.


6. Optik

“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.


7. Muzik

Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.


8. Berus Gigi

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.


9. Takal/ Crank

Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.


Pakar ICT Malaysia Azli Paat Meninggal Dunia - Kisah Seluruh Dunia

Pakar ICT Malaysia Azli Paat Meninggal Dunia - Kisah Seluruh Dunia | KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini. 


Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun. Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam. 

Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya. 

Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan. 

Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok. 

Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain. 


Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi. 

Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24. 

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari. 

Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007. 

"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya. 

Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Budak Perempuan Berumur 9 Tahun Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Di Mexico

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan, kata pihak berkuasa tempatan dan anggota keluarga kanak-kanak berkenaan semalam.

Budak Perempuan Berumur 9 Tahun Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Di Mexico

"Kanak-kanak perempuan itu berusia lapan tahun semasa dia mula hamil. Bapa bayi yang dilahirkan itu pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun. Namun, kami masih tidak dapat menemuinya kerana dia telah melarikan diri," kata ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan.

Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya daerah, Jorge Villasenor berkata, pihaknya sedang memburu remaja lelaki itu.

Menurutnya, cerita sebenar perlu diketahui daripada remaja lelaki itu bagi mengetahui sama ada dia hamil kerana dirogol atau disebabkan penderaan seks.

Bayi itu dilahirkan pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan.Berat bayi itu ialah 2.7 kilogram.

Kanak-kanak perempuan tersebut bersama anaknya perempuannya dibenarkan keluar dari hospital itu pada hujung minggu lalu. - AFP


Jadual Waktu Sistem Organ Manusia - Kesihatan

Jadual Waktu Sistem Organ Manusia - Kesihatan | Anggota badan manusia juga tidak ketinggalan mempunyai jadual yang tersendiri. Berikut adalah jadual anggota badan dan tugas mereka yang tertentu:

Jadual Waktu Sistem Organ Manusia - Kesihatan

Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia. Tak pasti pula sejauh mana kebenarannya tetapi bolehlah jadikan sebagai panduan am kehidupan seharian.


Biodata Nelydia Senrose Artis Selebriti Malaysia - Gossip Selebriti Malaysia

Biodata Nelydia Senrose Artis Selebriti Malaysia - Gossip Selebriti Malaysia | Agak unik nama pelakon baru yang sedang meningkat naik ini. Nelydia Senrose kini semakin popular menerusi watak Ersalina di dalam drama Setia Hujung Nyawa. Dilahirkan pada tahun 1994, Nelydia Senrose merupakan gadis kacukan Kelantan dan Siam. Selain memiliki wajah yang comel dan mata yang bulat, mutu lakonan yang ditunjukkan oleh Nelydia Senrose juga boleh dibanggakan. 

Biodata Nelydia Senrose Artis Selebriti Malaysia - Gossip Selebriti Malaysia

Senang cerita, Nelydia ada pakej yang tersendiri. Bukan sekadar terjun ke bidang lakonan kerana mempunyai wajah yang boleh dijual. Semoga bintang Nelydia Senrose akan lebih bersinar pada tahun 2013. Kekalkan prestasi dan jangan popular kerana kontroversi. 

Biodata Nelydia Senrose Artis Selebriti Malaysia - Gossip Selebriti Malaysia

Sharnaaz Ahmad Patah Hati - “Saya Tidak Akan Hantar Rombongan Merisik” - Gossip Selebriti Malaysia

Sharnaaz Ahmad Patah Hati - “Saya Tidak Akan Hantar Rombongan Merisik” - Gossip Selebriti Malaysia 

Sharnaaz Ahmad Patah Hati - “Saya Tidak Akan Hantar Rombongan Merisik” - Gossip Selebriti Malaysia

“Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini.”

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Sharnaaz sendiri. Menerusi laporan Sinar Harian hari ini, Sharnaaz memberitahu bahawa dia sudah tidak mahu ambil tahu apa-apa lagi isu yang terjadi.

“Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya.”

Pelakon filem Juvana ini juga meluahkan perasaan kecewanya terhadap perkara yang berlaku dan mengambil keputusan untuk berhenti bercakap mengenai Shila Amzah.

“Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi.”

Jadi, apakah kesudahan kisah cinta Shila & Sharnaaz selepas ini? Setelah pelbagai kontroversi dilalui, adakah mereka berdua akan berhenti di tengah jalan? Atau mungkin Shila akan memilih untuk bersama Sharnaaz?


Hafiz Suip - Saya Sedang Bercinta Sekarang - Gossip Selebriti Malaysia

Hafiz Suip - Saya Sedang Bercinta Sekarang - Gossip Selebriti Malaysia | Biasa kalau sudah popular, kemana saja pergi pasti akan ditanya pelbagai soalan. Jika sudah bercinta, ditanya siapa temannya. Jika putus, ditanya kenapa. Jika dilihat berdua, bila mahu nikahnya dan macam-macam lagi.


Itulah yang berlaku pada Hafiz Suip, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Awan Nano’. Selepas berpisah dengan Adira, Hafiz telah dikaitkan dengan beberapa orang wanita, namun dia terus menangkis segala tuduhan yang diberi.

Terbaru, menerusi sebuah akhbar online tempatan, Hafiz mengakui bahawa dia kini sedang bercinta. Penyanyi ini turut menjelaskan bahawa wanita bertuah tersebut bukanlah orang didalam industri hiburan.

“Dia bukan orang dalam industri hiburan pun dan tidak mahu identitinya diketahui umum. Jadi saya tidak boleh dedahkan lebih terperinci mengenai dirinya. Cukuplah saya akui saya sedang bercinta sekarang.”

Hafiz mendedahkan statusnya ini kerana tidak mahu terus dihimpit spekulasi selepas perpisahannya dengan Adira.

“Sampai bila saya hendak mengelak daripada ditanya (media) mengenai status hubungan? Jadi selepas berfikir panjang, saya ambil keputusan untuk berterus-terang sahaja apabila ditanya mengenai kekasih.”

Walau bagaimanapun, Hafiz tidak mendedahkan lebih lanjut butiran mengenai teman wanitanya. Kita nantikan saja shot-shot dari paparazi tempatan ya.

Baguslah kalau begitu, bak kata orang, disebalik kejayaan setiap lelaki adanya seorang wanita. Mungkin teman wanita Hafiz boleh membantu dirinya untuk berjaya, kan?

P/S : Lain pula dengan isu hangat sekarang, disebalik kejayaan seorang wanita, timbul seorang lelaki, merosakkan.


Sharnaaz Ahmad Respon Kenyataan Shila Amzah Tak Telus & Macam Budak-Budak - Gossip Selebriti Malaysia

Sharnaaz Ahmad Respon Kenyataan Shila Amzah Tak Telus & Macam Budak-Budak - Gossip Selebriti Malaysia | Semalam kita dikejutkan dengan kenyataan Shila Amzah dalam sebuah surat (Surat Shila Amzah Meminta Maaf Kepada Semua Pihak Atas Apa Yang Terjadi - Gossip Selebriti Malaysia) yang menjelaskan tentang isu yang sedang berlaku diantara Sharnaaz dan keluarganya. Kenyataan Shila dalam surat tersebut turut meminta agar semua pihak tidak menghukum Sharnaaz Ahmad dan Shila juga memohon maaf atas segala isu yang telah berlaku.

Sharnaaz Ahmad Respon Kenyataan Shila Amzah Tak Telus & Macam Budak-Budak - Gossip Selebriti Malaysia

Hari ini, Sharnaaz Ahmad menerusi mStar Online memberikan kenyataan balasnya dan mengaku dia sudah malas mahu komen mengenai hal yang terjadi.

“Saya sudah malas nak komen sebenarnya. Pada saya, kenyataan sebegitu (surat) adalah tidak telus dan macam budak-budak. Kenapa tidak bersemuka dan duduk berbincang? Saya sudah malas nak ambil pusing mengenai dia, terpulanglah (pada keadaan).”

Sharnaaz turut melahirkan rasa kesalnya kerana tindakan Shila yang seakan-akan tidak mampu membuat keputusan sendiri.

“Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya.”

Apa-apa pun, semoga isu ini akan berakhir dengan baik.


Hanis Zalikha Zainal Abidin Dulu Blogger Kini Artis Selebriti Terkenal Di Malaysia - Gossip Selebriti Malaysia

Hanis Zalikha Zainal Abidin Dulu Blogger Sekarang Artis Selebriti Terkenal Di Malaysia - Gossip Selebriti Malaysia | Penulis blog terkenal, iniblogsaya.blogspot.com, Hanis Zalikha Zainal Abidin kini sedang meniti populariti setelah terjun ke dalam bidang lakonan.

Hanis Zalikha Zainal Abidin Dulu Blogger Sekarang Artis Selebriti Terkenal Di Malaysia - Gossip Selebriti Malaysia

Sebelum terlibat dalam dunia perfileman, Hanis, 23, sebenarnya telah berlakon dalam drama Memberku Hawa dan telefilem Mariam Kampung Putat.

Namun, bakat lakonannya bakal diuji menerusi kemunculannya dalam filem Gangster Celop menerusi karakter seorang anak gengster yang baru sahaja pulang dari London.

Zalikha mengakui dirinya berdebar-debar menantikan respons peminat terhadap lakonannya dalam filem arahan Ahmad Idham, lakonan utama Syamsul Yusuf dan Kamal Adli itu yang dijadualkan mula ditayangkan pada 21 Februari ini.

"Saya sudah tidak senang duduk sekarang. Kalau (lakonan) tidak menjadi nanti mesti kena kutuk. Namun kalau kena kutuk sekali tidak mengapa. Mana-mana yang kurang nanti, saya akan cuba atasi dengan latihan pada masa depan," jelasnya ketika ditemui pada majlis final Cabaran Switch For Xtra di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, pengarah filem tersebut, Ahmad Idham telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya dalam menghayati watak lakonannya itu dan selebihnya dia menyerahkan kepada penonton untuk menilai bakat dirinya.

Dalam meniti populariti dengan pakej yang ada pada dirinya itu, Hanis turut tidak terlepas daripada dicemuh atau dikritik.

Dia sebelum ini dikejutkan dengan tindakan bekas teman lelakinya (yang enggan didedahkan namanya) telah bertindak mencanang cerita kepada umum mengenai karakter sebenar dirinya yang didakwa suka propa (menipu) dan berlagak.

Dia yang baru sahaja ingin mencipta nama telah dijengah kontroversi kurang enak, graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu tidak cepat melatah.

Dia sebaliknya menganggap kontroversi itu sebagai asam garam dunia glamor yang perlu dihadapinya sekarang ini.

"Saya tidak menyesal masuk ke dalam dunia seni. Sekarang, baru saya tahu apa yang perlu dihadapi oleh selebriti lain. Tidak semua gosip yang dibaca sebelum ini benar belaka," ujarnya.

Tambah wanita berbintang Libra ini, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dengan setiap kelakuan, percakapan dan apa sahaja yang dilakukan kerana ia akan menjadi bahan perbincangan umum pada kemudian hari.

"Sudah kena gosip begitu ketika mula-mula hendak masuk ke dalam bidang lakonan membuatkan saya rasa sudah tiba masanya saya kena membiasakan diri dengan semua perkara, tidak boleh jadi macam dahulu lagi," ujarnya.


Blog

Sibuk dengan pelbagai undangan majlis sosial sebagai seorang selebriti dan tawaran lakonan, Hanis mengakui dirinya sudah tidak kerap menulis blog lagi.

"Kalau dahulu, setiap hari ada sahaja perkara baharu yang saya hendak tulis. Sekarang, disebabkan sibuk kadang-kadang dua minggu sekali baru saya mengemas kini perkembangan terbaharu dalam blog," ujarnya.

Dia menjelaskan, walaupun banyak perkara yang dilakukan setiap hari selepas bergelar selebriti boleh dijadikan bahan bacaan dalam blognya, namun kekangan masa membuatkan dia kadangkala terlewat menulis.

Mengakui penulisannya turut mendapat kritikan peminatnya bukan kerana lambat mengemas kini blog, sebaliknya adalah kerana gaya penulisan yang tidak 'gila-gila' seperti dahulu lagi.

"Pembaca blog saya terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pembaca remaja ada yang merungut mengatakan tulisan saya tidak lagi macam dahulu. Namun, mereka kena terima hakikat bahawa saya sudah meningkat usia, tulisan juga kena matang," katanya yang malu dengan gaya penulisannya pada awal penulisan dalam blognya dahulu.


Solo

Walaupun mempunyai rupa paras yang menawan, Hanis mendedahkan dirinya masih solo dan tidak terfikir untuk mencari teman hidup dalam masa terdekat ini.

"Saya mahu beri tumpuan kepada karier yang sedang saya bina ini dalam industri lakonan. Buat masa sekarang, saya tidak mahu ada komitmen dengan sesiapa," katanya jujur.

Mahu bergerak bebas tanpa terikat dengan mana-mana lelaki, dia menganggap jika mempunyai teman lelaki akan membuatkan dirinya terikat dengan kerjaya baharunya yang memerlukan banyak masa untuk diri sendiri.

"Kalau ada teman lelaki, ia akan melukakan hati orang. Kalau solo macam ini senang, mood saya juga tidak terganggu. Ia tidak jejaskan kerjaya saya nanti," tambahnya.

Namun bagi Hanis, itu bukan bermakna dia menolak jodoh sebaliknya dia mahu segala perkara berkaitan komitmen dirinya itu berlaku secara semulajadi.


Syaitan Suka Serang Kita Melalui 10 Pintu Ini - Info

Syaitan Suka Serang Kita Melalui 10 Pintu Ini - Info


1) BURUK SANGKA.
2) CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN.
3) CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN
4) UJUB (Kagum dengan diri sendiri).
5) PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA.
6) RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN ORANG
7) HASAD.
8) BAKHIL.
9) TAKABUR.
10) TAMAK

.

Petua & Tips Melicinkan Kulit Muka - Tips

Petua & Tips Melicinkan Kulit Muka - Tips


  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
  8. Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.


Petua Mengempiskan Perut Yang Buncit & Petua Hilangkan Kulit Perut Berkedut - Tips

Petua Mengempiskan Perut Yang Buncit & Petua Hilangkan Kulit Perut Berkedut - Tips | Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.


  • Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
  • Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  • Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
  • Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
  • Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.
  • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.


MASALAH KULIT PERUT BERKEDUT

Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu


Faezah Elai & Heykal Hanifah Selamat Sambut Anak Sulung - Gossip Selebriti Malaysia

Faezah Elai & Heykal Hanifah Selamat Sambut Anak Sulung - Gossip Selebriti Malaysia | Melalui Twitter pagi ini, Faezah Elai mengumumkan yang beliau sudah selamat melahirkan bayi sulung hasil perkongsian hidup dengan pengarah Heykal Hanifah.

Faezah Elai & Heykal Hanifah Selamat Sambut Anak Sulung - Gossip Selebriti Malaysia
Faezah Elai

Faezah Elai selamat bersalin di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur tepat jam 7.03 malam, semalam.

Masih belum ada maklumat lanjut tentang bayi pertama pasangan ini tetapi pastinya kelahiran bayi ini membawa kebahagiaan dalam hidup mereka.

Tahniah buat Faezah Elai, Heykal Hanifah dan keluarga!

Faezah Elai & Heykal Hanifah Selamat Sambut Anak Sulung - Gossip Selebriti Malaysia


Wardina Safiyyah: Saya Rasa Kurang Muslim Kerana Tidak Pandai Berbahasa Arab - Gossip Selebriti Malaysia

Wardina Safiyyah: Saya Rasa Kurang Muslim Kerana Tidak Pandai Berbahasa Arab - Gossip Selebriti Malaysia | Kenyataan terbaru dari selebriti yang kini aktif dalam bidang pengacaraan,Wardina Safiyyah ini mengundang reaksi berbeza daripada mereka yang membacanya di Twitter.

Wardina Safiyyah: Saya Rasa Kurang Muslim Kerana Tidak Pandai Berbahasa Arab - Gossip Selebriti Malaysia

Wardina Safiyyah menulis pagi ini meluahkan yang beliau merasa kurang muslim kerana tidak pandai & fasih berbahasa Arab.

Tulisan beliau itu mengundang rasa kurang senang beberapa individu yang mendakwa Wardina Safiyyah sengaja meletakkan fasih bahasa Arab sebagai syarat sah untuk menjadi seorang Islam.

Bagaimana pun, Wardina tampil memberikan penjelasan sebenar di’sebalik kenyataan beliau itu. Beliau ingin fasih dalam bahasa Arab kerana ingin mendalami maksud sebenar kitab suci al-Quran.

“Kerana membaca terjemahan (al-Quran) tidak akan sama dengan makna sebenar,” jelas Wardina Safiyyah tentang kenyataan beliau.

“If you don’t bother about understanding the Quran, you won’t bother about learning Arabic,” tambah beliau lagi hari ini.

Hubungan Cinta Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad Berakhir, Rombongan Sharnaaz Ahmad Dibatalkan - Gossip Selebriti Malaysia

Hubungan Cinta Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad Berakhir, Rombongan Sharnaaz Ahmad Dibatalkan - Gossip Selebriti Malaysia | Walaupun Shila Amzah dalam kenyataan beliau meminta supaya Sharnaaz Ahmad & ND Lala mencari jalan penyelesaian, kenyataan terbaru cinta hati beliau seakan tiada respons positif.




“Tak payah nak hipokrit,” komen Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataan terbaru Shila Amzah kepada media & permohonan maaf beliau kepada semua pihak semalam.

Sharnaaz Ahmad juga berkata yang beliau tidak mahu ambil tahu lagi akan perkara ini kerana kesudahannya, orang ramai akan tetap meletakkan kesalahan dibahu beliau.

“Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila Amzah) nak buat apa sekalipun”

Bercakap tentang rancangan beliau untuk tetap merisik Shila Amzah pada Mac ini, pelakon filem Juvana ini berkata beliau tidak akan menghantar rombongan merisik seperti dirancang.

“Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini. Saya tak pasti dan hanya berserah,” tambah Sharnaaz Ahmad.