Pekeliling Kenaikan Gaji 1 Julai 2013


Pekeliling Kenaikan Gaji 1 Julai 2013

Pegawai Yang Layak

5. Pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT ini melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam di bawah SSM bertaraf tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service) yang telah dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada 1 Julai 2013, termasuk pegawai yang berada dalam keadaan seperti berikut:

5.1 pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan.

5.2 pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta.

5.3 pegawai yang cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.

5.4 pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.


Pegawai Yang Tidak Layak

6. Urusan pemberian pemindahan gaji ini tidak melibatkan:

6.1 pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).

6.2 pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013.

6.3 pegawai yang dilantik mulai 1 Julai 2013.

6.4 pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013.

6.5 pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.


Pergerakan Gaji Tahunan

17. Pemberian pemindahan gaji ini tidak menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi tahun 2013 dan tahun berikutnya, tertakluk kepada had gaji maksimum dalam JGMM serta pegawai memenuhi syarat dan peraturan Pergerakan Gaji Tahunan yang berkuat kuasa.


Tarikh Pergerakan Gaji

18. Pemberian pemindahan gaji ini tidak mengubah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai.

Elaun dan Kemudahan

19. Syarat dan peraturan elaun dan kemudahan yang berkuat kuasa dikekalkan.


TARIKH KUAT KUASA

20. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013.


Download document di sini: 
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp052013.pdf

0 comments: