Sinopsis Drama Dahlia Astro Mustika HD


Sinopsis Drama Dahlia Astro Mustika HD

Drama bersiri Dahlia akan menemui anda di Astro Mustika HD (134) mulai 22 April 2013, Isnin hingga Rabu, 10 malam menggantikan Drama Sehangat Asmara yang telah tamat Selasa lalu.

Mengangkat martabat wanita bergelar isteri, itulah yang dapat disimpulkan mengenai drama baru bertajuk Dahlia. Drama ini mengisahkan perjalanan seorang wanita bernama Dahlia yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai liku hidup, bakal menambat hati penonton dengan pelbagai babak menarik diselitkan menerusi drama tersebut.

Di bawah arahan Pali Yahya, drama bersiri sebanyak 40 episod ini bakal memberi pengalaman baru buat penonton memandangkan jalan cerita yang dimuatkan dalam drama ini penuh dengan mesej-mesej berguna buat tatapan penonton.

Lebih menarik, drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini turut dibintangi pelakon hebat tanah air iaitu Dira Abu Zahar (Dahlia), Hans Isaac (Razman), Faizal Hussein (Fuad) dan Raja Ilya (Haliza).

Drama yang mengisahkan seorang wanita bernama Dahlia (Dira) yang terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia akhirnya tekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian Razman dan Dahlia adalah adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya.

0 comments: