Resepi Udang Goreng Bawang Yang Enak - Raja Resepi Seafood - Blog 3 Dalam 1


Resepi Udang Goreng Bawang Yang Enak - Raja Resepi Seafood - Blog 3 Dalam 1

Bahan-bahan ( 4-5 org )
  • setengah kilo udang
  • satu labu bawang besar ( kulit kuning)
  • garam
  • secubit gula
  • serbuk perasa (ajinomoto)
  • 1 ulas bawang putih - jika suka
  • setengah biji lada hijau - jika suka
  • ( bahan bertanda di mayang)
  • sedikit kunyit debu @ kunyit hidup.
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara
  1. bersihkan udang. perap bersama garam dan kunyit.
  2. goreng udang, bila dah masak... angkat dan toskan minyak.
  3. dalam kuali lain, panaskan 2 @ tiga sudu minyak masak. masukkan semua bahan yang dimayang. goreng dengan api kecil.
  4. goreng semua bahan tadi hingga layu. masukkan secubit gula dan serbuk perasa. letakkan sikit serbuk kunyit untuk warna. kacau sekejab... boleh la di angkat dan curahkan di atas udang.
  5. sedia untuk dihidang. makan bersama nasi putih. udang boleh juga di ganti dengan ayam @ Ketam.


0 comments:

Post a Comment

Komen yang mengandungi "Hyperlinks" / Text warna biru akan dipadam, Harap maklum.

Comments that contain "hyperlinks" / Text color blue will be deleted, Please note.