Remy Ishak Nafi Seorang Yang Garang, Hubungan Dengan Maya Hanya Kawan Rapat - Gossip Selebriti Malaysia - Blog 3 Dalam 1

Remy Ishak Nafi Seorang Yang Garang, Hubungan Dengan Maya Hanya Kawan Rapat - Gossip Selebriti Malaysia - Blog 3 Dalam 1 | Tampil segak bergaya di Majlis Tayangan Perdana dua episod drama terbaru TV9 berjudul “Cinta Jangan Pergi” (CJP), pelakon popular Remy Ishak menafikan dirinya seorang yang garang.

Remy Ishak Nafi Seorang Yang Garang, Hubungan Dengan Maya Hanya Kawan Rapat - Gossip Selebriti Malaysia - Blog 3 Dalam 1

Perkara tersebut timbul selepas hubungan kali kedua bersama Tiz Zaqyah putus ditengah jalan.

Sebelum Tiz, Remy pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Ummi Nazeera yang juga merupakan heroin bagi filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) namun terkandas ditengah jalan disebabkan ummi mendakwa Remy seorang panas baran dan kaki pukul.

Apabila ditanya mengenai sifat sebenar Remy, dia memberitahu bahawa dia bukanlah seorang yang garang tetapi personaliti luarannya yang sudah sebegitu.

“Mungkin orang tengok saya garang dan jalan tunduk, mungkin orang tidak tahu bahawa saya seorang yang pemalu”

“Apatah lagi garang kerana pada saya apa yang orang di luar sana ingin katakan terpulang kerana apa yang berlaku saya anggap ujian dari tuhan dan saya lebih tahu apa yang terjadi”

Perkara ini berulang kerana hubungan yang dianggap paling romantis bersama Tiz Zaqyah pada tahun lalu terputus di tengah jalan.

Kini Remy Ishak dilihat mesra bersama pelakon cantik, Maya Karin setelah gambar mereka di Imbak, Canyon dimuat naik di Instagram.

Ujar Remy, dia dan Maya hanyalah rakan baik dan gambar tersebut diambil ketika mereka berdua bercuti bersama warga arkeologi atas jemputan Yayasan Sabah.

Tambahnya lagi percutian tersebut selama empat hari dan antara ahli Arkeologi itu adalah rakan baik Maya Karin.

“Saya sebenarnya telah diajak oleh Maya untuk pergi bersama ke Sabah kerana Maya mengetahui minat saya yang mendalam sejak sekolah di dalam aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan juga melihat keindahan alam semulajadi”

“Disebabkan itu dia telah ajak dan saya terima kerana bukan mudah untuk pergi bersama orang-orang berpengetahuan seperti itu, dapat juga saya menimba ilmu alam”

Ujar Remy lagi, apabila ditanya sejauh manakah hubungan mereka berdua sekarang kerana masing-masing mula dikaitkan dari penghujung tahun lepas, Remy menjawab mereka masih lagi berkawan rapat namun tidak tahu untuk masa akan datang hubungan mereka itu.

“Kami hanya kawan baik, Maya Karin seorang wanita yang lasak dan saya percaya chemistry yang ada pada kami berdua adalah yang terbaik”

“Namun begitu, di masa akan datang saya sendiri tidak dapat menjawab kerana soal hati semuanya kerja tuhan”

Sempat mengusik mengenai perwatakan Maya Karin yang membuatkan Remy senang bersamanya, Remy Ishak memberitahu dia seorang yang mempunyai Attitude dan seorang yang menyenangkan.

“Sepanjang kami berkawan, saya dapat lihat Maya seorang yang intelligent, Fun, Aktif dan berdikari”


2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

kalau betul ada hubungan dengan Maya pun apa salahnya kan? dua2 single kan?

garang ke Remy?

Carlos Santiago said...

time couple...mmg laaa