Temuduga Tentera Udara TUDM 2013 & Jadual Pemilihan TUDM 2013 - Info

Temuduga Tentera Udara TUDM 2013, Jadual Pemilihan TUDM 2013 - Info | Bagi warganegara Malaysia yang berminat mengikuti Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM, temuduga dan pemilihan awal dibuka untuk mengisi jawatan anggota lain-lain pagkat ( LLP ). Temuduga akan dilakukan sekitar 19 febuari sehingga 20 April 2013 dijalankan mengikut masa dan lokasi yang ditetapkan.


Kelayakan akademik

Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek sains dan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris. Atau pun memiliki Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran matematik, salah satu subjek sains dan Bahasa inggeris diperingkat SPM.

Lain-lain kelayakan( rujuk sini )


Dokumen perlu dibawa

Pemohon perlu bawa dokumen asal dan 1 salinan fotostat dokumen-dokumen dibawah:
Sijil SPM/ SPMV
SKM tahap 2
Kad Pengenalan
Sijil Lahir
SIjil Berhenti sekolah “ lain-lain Sijil Kemahiran yang berkenaan

Pemohon perlu hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstoking di pusat-pusat pemilihan yang dinyatakan. Masa pendaftaran 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Untuk maklumat lanjut pengambilan seperti kelayakan lain, syarat fizikal, Keistimewaan menyertai TUDM, gaji dan elaun, anda digalakkanmerujuk iklan penuh ( KLIK SINI )

Semoga permohonan menjadi anggota Tentera Udara TUDM yang diinginkan tercapai demi menjaga keamanan Negara dan semangat cintakan Negara.


Jadual pemilihan TUDM mengikut lokasi dan masa:



0 comments:

Post a Comment

Komen yang mengandungi "Hyperlinks" / Text warna biru akan dipadam, Harap maklum.

Comments that contain "hyperlinks" / Text color blue will be deleted, Please note.