Petua Hilangkan Panau - Tips


Petua Hilangkan Panau - Tips

Petua Hilangkan Panau

Anda risau dengan kesan panau di kulit muka anda? Jom kita lihat beberapa petua yang boleh diamalkan bagi menghilangkan kesan panau di kulit muka anda :


Cara 1 : Gunakan Halia
Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat kemudian tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang ada panau dan biarkan selama setengah jam. Ulang langkah tersebut setiap hari bagi menampakkan pengurangan kesan panau.


Cara 2 : Gunakan Bawang Putih
Tumbuk beberapa ulas bawang putih kemudian tepekkan pada kawasan yang ada panau dan biarkan sehingga ia kering. InsyaAllah dalam beberapa hari akan menampakkan hasilnya.
Lengkuas Boleh Hilangkan Panau?


Cara 3 : Gunakan Perahan Air Lengkuas
Ambik beberapa ketul lengkuas dan tumbuk sehingga hancur. Ambil perahan air lengkuas tersebut dan sapukan di kawasan kulit yang berpanau. Ulang langkah tersebut untuk beberapa hari bagi menampakkan hasilnya. Ramai yang mengamalkan cara ini kerana kebanyakan mengatakan ia berkesan dengan cepat.


Cara 4 : Gunakan Daun Belimbing
Ambik beberapa helai daun belimbing besi atau apa jua belimbing. Campurkan sedikit beras dan juga asam jawa dan tumbuk sehingga lumat. Tepekkan di kawasan kulit yang ada panau dan ulang langkah tersebut dalam masa beberapa hari.


P/s : Itu adalah langkah-langkah terbaik bagi menghilangkan kesan panau di kulit muka anda.


1 comments:

Anonymous said...

terima kasih ats tips yg diberikn tpi saya rasa cara yg pling berkesan ialah gunakan bio oil. tnpa rse sakit atau pedih. ada yg dah cuba. alhamdulillah berkesan