Khasiat Tubuh Badan Manusia Yang Anda Tidak Tahu - Info

Khasiat Tubuh Badan Manusia Yang Anda Tidak Tahu - Info | Biasa kita dengar khasiat tumbuh-tumbuhan atau herba-herba, ataupun khasiat binatang-binatang atau sebagainya. Jarang kita dengar khasiat tubuh badan manusia diketengahkan. Jadi di sini auc nak berkongsi sedikit petua atau khasiat tubuh badan manusia ini.

Khasiat Tubuh Badan Manusia Yang Anda Tidak Tahu - Info

Antara aneh dan misterinya ciptaan Allah Ta’ala ialah bahan-bahan pada dan dalam tubuh manusia itu sendiri boleh dijadikan ubat dan penawar antaranya:

1. Khasiat air mani: 
Antaranya digunakan oleh tabib untuk mengubat penyakit lelah, ianya didapati berkesan. Ada juga yang meminum air mani ini untuk dibuat selusuh (mudah melahirkan anak). Air mani adalah dilarang meminum sekalipun untuk berubat sebab ia bercanggah dengan hukum dan normal kemanusian. Sekalipun ia bersih dan tiada mengandungi kuman. Cuma orang bukan islam yang mempraktikkan rahsia air misteri ini.

2. Khasiat air liur:
Air liur yang disertai dengan hembusan ayat suci Al Quran dan jampi adalah berkat. Dikatakan Tok Kenali pernah meludahkan air liurnya dengan bacaan tertentu ke dalam mulut anak kecil, dikatakan apabila besar nanti mereka menjadi orang alim dan bijak pandai. Air liur orang yang bertaraf wali je boleh buat gini, kalau kita entahlah…
Air liur orang berpuasa adalah bisa dan boleh mematikan ular jika diludah dalam mulut ular tersebut.
Ada orang tua-tua dulu menyapu air liur basinya kepada zakar untuk mengeraskannya.
Ada pula orang yang mengambil air liur dari lelangit mulut dengan jari telunjuk kemudian menulis kalimah Allah di dahi untuk penggerun, keselamatan diri dan ditakuti oleh makhluk halus.
Memantaskan kaki tangan, sapu pada kaki tangan (untuk dalam persilatan)

3. Khasiat rambut:
Rambut dikatakan menpunyai daya yang mewakili diri seseorang itu. Kerana itu janganlah membiarkan / kuku itu jatuh ke tangan musuh sebab dengan rambut atau kuku tersebut itu mereka gunakan untuk membinasakan kita.

Kena gatal ulat bulu, sapu tempat terkena ulat bulu tersebut pada rambut.
Agar tidak lupa, rambut dibakar dan disedut asapnya.

4. Khasiat bekas pakaian: 
Demikian juga sebarang bekas pakaian kita terutama yang masih dengan peluh terutama seluar dalam, boleh digunakan untuk sesuatu kepentingan musuh dan orang berniat jahat dengan izin Allah.

5. Air mata: 
Mempunyai bahan asid yang dapat memusnahkan sebarang habuk yang masuk ke dalam mata kecuali batuan atau benda-benda keras.

6. Tahi hidung: 
Boleh digunakan untuk disapu ke bintil-bintil jerawat batu dan sebagainya. Disapu ketika hendak dan bangun tidur. Kemudian dibersihkan keesokkan harinya. (Amat mujarab). Bulu hidung: jangan dibuang semuanya sebab ia menjadi penapis segala kekotoran yang masuk ke dalamnya.

7. Tahi telinga: 
Kalau nak korek buang tu, tinggal-tinggal la sikit sebagai mempertahankan keselamatan telinga dari di masuki oleh serangga seperti semut dan nyamuk, di mana jika serangga ini masuk juga akan mati disebab pahitnya tahi telinga itu.

8. Tahi: 
Boleh menggantikan kayu tahi bagi menyedarkan anak-anak yang pengsan atau orang yang tidak sedarkan diri kerana dimasuki pelesit atau makhluk halus. Ambilkan sedidkit sebesar hujung lidi dan di bawa hampir ke hidung untuk dihidu maka akan segera sedar.

Ada juga amalan melumurkan kepala tahi sendiri keseluruh anggota badan dalam tempoh tertentu untuk ilmu kebal diri. Amalan ini amat bertentangan dengan syariat dan ajaran islam. Gunakanlah bacaan Nabi s.a.w untuk tujuan ini.

9. Air Kencing:
Sakit gigi berlubang: ambil sedikit untuk berkumur kemudian luahkan semula. Ini adalah cara terakhir kalau terlalu sakit tak tau nak buat apa dah.

Disengat kala: Disapu dengan air kencing.
Digigit anjing: disapukan dengannya kemudian dibersihkan sesudah suatu ketika yang sesuai.
Sakit mata: air kencing yang mula-mula pada waktu pagi, dititiskan pada mata. (mujarab)

10. Zakar:
Penawar gigitan lipan: air basuhan hujung zakar disapukan ke tempatan gigitan. (mujarab)
Sawan anak: hujung zakar digunakan untuk menulis sesuatu didahi bayi yang baru lahir dengan bacaan tertentu. (mujarab)


0 comments: