Khasiat Kapur Sirih - Kesihatan


Khasiat Kapur Sirih - Kesihatan

Kapur makan mempunyai beberapa khasiat antaranya:
  1. Penyakit sengal tulang (Rhumatizam), dilumur pada bahagian yang sakit menurut keperluan.
  2. Menghentikan darah dari hidung, disumbat kapur bersama daun siri ke dalam lubang hidung yang berdarah.
  3. Sakit kepala sebelah, makan sedikit kapur bersama secawan air.
  4. Cirit birit, minum air bercampur kapur makan.
  5. Mengelak darah keluar ketika luka, sapu kapur ketempat luka.
  6. Sakit gigi berlubang, masukkan sedikit kapur ke dalam gigi yang sakit berlubang itu.
  7. Memecah bisul, dilumur pada bisul berulang kali hingga pecah. (mujarab sebab kapur bersifat panas).
  8. Menghilangkan uban penyakit, menyapunya dikepala. Kalau uban tua tu tak leh lah wehhh.
  9. Mematikan keinganan seks, dengan mencium kapur tersebut.
  10. Mencairkan air mani, kalau makannya bersama air.
  11. Memudahkan sistem penghadaman, garam direndam dalam air bersama kapur diminum 1 gelas pada waktu malam.
  12. Mengatasi deman taifoid (kepialu), diminum air bercampur kapur.
  13. Mengatasi selsema, daun dan bunga mekarnya dititikkan ke dalam hidung sesudah dikisar.
  14. Melancarkan peredaran darah, dengan memakannya bersama 1 gelas air.
  15. Mengatasi nanah pada luka, minyaknya disapu pada luka.
  16. Mengatasi radang gusi, memakanya bersama makanan lain.
  17. Mengatasi lelah/asma, daun pokok kapur dimasak dan dimasukkan ke dalam minyak, disapu pada dada.
  18. Penyakit gatal, disapu pada bahagian yang gatal.
  19. Penyekat bisa ular, tanda dengan kapur pada tempat kena patuk ular dengan bacaan jampi tertentu. (mujarab)
  20. Sakit perut kembung, conteng kapur pada perut dengan jampi dari Tok Ki (Deguh Gedegah, Kucing di dapur, kembung segah, conteng dengan kapur) - mujarab, nampak macam main-main je kan.
  21. Merangupkan Goreng pisang, dicampur bersama tepung goreng pisang 
  22. Mencuci perut lembu, dibasuh bersama kapur hingga bersih.– mencuci kulit untuk dibuat gendang pun boleh juga.

0 comments: