9 Pembunuhan Paling Kejam Yang Tercatat Di Malaysia - Kisah Seluruh Dunia

Inilah peristiwa pembunuhan ngeri & paling kejam yang pernah berlaku di Malaysia. Anda nilailah sendiri adakah tempat yang selamat di dunia ini? Sama-samalah kita renungi & jadikan 9 Pembunuhan Paling kejam ini sebagai iktibar. Klik link tajuk untuk membaca artikel lengkap.





Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.


Mayat Altantuyaa ditemui dalam keadaan mengerikan di mana cebisan daging-daging mayat ditemui bertebaran di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor berhampiran dengan Empangan Tasik Subang.


Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. Mayat dirogol sebelum dibunuh.


Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.


Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat.


Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Mayat Noritta ditemui dalam keadaan menyayatkan hati di mana mayatnya dalam keadaaan bogel diikatkan tangannya di belakang dengan wayar dijerutkan ke leher dan mulut disumbat kain. Kaki Noritta juga diikat. Dipercayai, Noritta telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh.


Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang melampau. Setakat hari ini, masih belum berlaku tangkapan berkaitan dengan pembunuhan Nurin Jazlin Jaziman.


Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.


Suzaily telah dirogol, liwat dan dibunuh oleh pemandu bas tersebut.

1 comment:

Komen yang mengandungi "Hyperlinks" / Text warna biru akan dipadam, Harap maklum.

Comments that contain "hyperlinks" / Text color blue will be deleted, Please note.