4 Makanan Yang Dilarang Ketika Wanita Haid - Kesihatan

4 Makanan Yang Dilarang Ketika Wanita Haid - Kesihatan | Haid atau datang bulan sering kali menyiksa sebagian besar wanita. Perut keram, mual, emosi naik turun dan sakit kepala merupakan gejala yang seringkali dialami. Beberapa jenis makanan dan minuman diyakini dapat memberikan pengaruh baik pada wanita yang datang haid. Namun ada beberapa makanan juga yang sebaiknya dihindari.


1. Cokelat
Elakkan kafein dalam makanan seperti coklat, teh, soda dan kopi selama kitaran haid. Kafein menyempitkan pembuluh darah dan membuat dehidrasi tubuh, yang boleh menyebabkan sakit kepala dan dapat meningkatkan kegelisahan selama tempoh haid sehingga menyebabkan ketidakselesaan haid.

2. Produk susu
Susu mengandungi asid arachadonic, yang dapat meningkatkan pengeluaran prostaglandin. Kerana prostaglandin dilepaskan ke dalam tubuh, rahim memberi respons dengan menyebabkan kekejangan atau kejang.

Makanan tinggi asid lemak omega-3 boleh menghalang pelepasan prostaglandin. Dengan demikian, makan salmon, biji rami dan kenari sebenarnya dapat membantu meringankan kekejangan menstruasi.

3. Makanan olahan
Mengurangkan pengambilan natrium atau garam akan mengurangkan retensi air dan kembung. Elakkan makanan dalam tin, makanan olahan seperti daging tin dan produk keju, sos dan MSG, serta setiap makanan bungkusan yang mengandungi natrium 200mg atau lebih per porsi.

4. Gorengan
Makanan tinggi lemak seperti daging, susu penuh lemak, gorengan dan minyak meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh. Perubahan estrogen boleh menyebabkan perubahan rahim yang dramatik dan menimbulkan kekejangan dan rasa sakit


2 comments:

zala waj said...

betul ke coklat tu ?! :"(

Monyet Rimau said...

@zala waj Walaupun makanan ini dikatakan boleh menenangkan tetapi ia boleh meningkatkan kekejangan pada abdomen dan rahim selepas beberapa jam dimakan