Tonton Online Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 6


Tonton Online Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 6

Sebenarnya, Saya Isteri Dia! ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Jumaat di TV3 menerusi slot Zehra mulai 29 Mac 2013. Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini merupakan drama adaptasi dari novel "Sebenarnya, Saya Isteri Dia!" terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Zura Asyfar. Teraju utama untuk drama ini ialah Tiz Zaqyah dan Izzue Islam.



Sinopsis drama

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah. 

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Gambar Sosial Anak Lelaki Shahrukh Khan Bersama Cucu Amitabh Bachchan

Shahrukh Khan, anak Aryan Khan dilihat melepak dengan cucu Amitabh Bachchan iatu anak perempuannya Shweta Nanda Navya Naveli di London.

Dikatakan bagaimana Aryan yang menyamar seperti seorang wira Kelihatannya Aryan dan Navya kelihatan begitu selesa bersama Kedua-dua mereka menghadiri perkhemahan Sevenoaks di London.

Amitabh Bachchan Granddaughter Navya Naveli Nanda (Left) with Friends & Shahrukh Khan Son Aryan Khan (In the Background)

Gambar Sosial Anak Lelaki Shahrukh Khan Bersama Cucu Amitabh Bachchan

Amitabh Bachchan Granddaughter Navya Naveli Nanda (Daughter Shweta Bachchan Nanda Daughter)

Apa Itu GST, Penerangan Ringkas & Mudah Tentang GST atau Goods and Services Tax



Ok secara ringkasnya GST atau Goods and Services Tax ini adalah CUKAI.

Cukai apa?

GST adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. 

Bagaimana cukai ini dikutip?

GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.

Siapa yang kutip GST?

Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST

Faham tak? Kalau masih tak faham mari kita baca full artikel daripada http://pmr.penerangan.gov.my. di bawah ini.



Apa itu GST?

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.

GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.


Adam Adli BEBAS! Tapi 3 Lagi Masuk


Adam Adli BEBAS! Tapi 3 Lagi Masuk

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan tahanan reman ke atas aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Norsharidah Awang, hari ini.

Bekas mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Adam Adli yang berpakaian t-shirt ketika dibacakan pertuduhan, diwakili tiga peguam iaitu Datuk S.Ambiga, N. Surendran dan Afiq Mohd Noor.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama.

Kes Adam Adli akan disebut semula pada 2 Julai depan.

Pertuduhan dibacakan oleh pendakwaraya Mahkamah Sesyen, Mitchell Yesuvass.

Walaupun pendakwaraya menyifatkan Adam Adli tidak menimbulkan keganasan ketika melakukan kesalahan itu, namun kenyataan aktivis pelajar itu boleh menimbulkan keganasan.

N.Surendran yang mewakili Adam Adli ketika pertuduhan itu dibacakan, mempertikaikan penahanan anak guamnya di bawah akta yang akan dimansuhkan seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Bagaimanapun hakim menjawab cadangan pemansuhan akta tersebut masih dalam kajian dan di peringkat pra-matang.

Dalam penghujahannya, N.Surendran menegaskan anak guamnya sepatutnya dibebaskan tanpa ikat jamin kerana beliau seorang pelajar sementara bapanya seorang pesara kerajaan dan kes tersebut akan dibuat rayuan di Mahkamah Tinggi.


Gambar Perhimpunan Berbilang Bangsa Depan Balai Polis Jinjang

Menurut laporan seramai 18 orang warga malaysia telah ditahan kerana menyertai perhimpunan yang dikatakan HARAM di hadapan Balai Polis Jinjang. 18 orang yang ditangkap pada perhimpunan tersebut terdiri daripada 14 lelaki awam, Peter chong, R sivarasa & 4 orang wanita. 

Petikan bharian:-

Seramai 18 individu, termasuk empat wanita, ditahan ketika berhimpun di depan Balai Polis Jinjang di sini malam tadi, di mana aktivis mahasiswa pakatan rakyat Adam Adli Abdul Halim ditahan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, berkata mereka ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis supaya beredar selepas diberi masa 10 minit. 

Perhimpunan itu bermula pada kira-kira 8 malam, dan jalan masuk ke balai polis berkenaan ditutup. 

Adam Adli, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang digantung pengajian kerana menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam satu demonstrasi 17 Disember lalu. 

Adam Adli menyertai beberapa badan bukan kerajaan antikerajaan mendesak satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu. - BERNAMA

Gambar Perhimpunan Berbilang Bangsa Depan Balai Polis Jinjang


Gambar Perhimpunan Berbilang Bangsa Depan Balai Polis Jinjang

Gambar Perhimpunan Berbilang Bangsa Depan Balai Polis Jinjang

Gambar Perhimpunan Berbilang Bangsa Depan Balai Polis Jinjang


Arkib Blog 3 Dalam 1

 
© Blog 3 Dalam 1 All Rights Reserved